pengorbanan hati :)

' pengorbanan hati itu sementara , demi meraih redha NYA '

13 jun 2011 ,
hari yang amat memilukan bagi aku ,
aku tidak lagi berada di bawah bumbung tarbiyyah .
tarbiyyah yang aku peroleh ketika aku terkapai kapai mencari pangkal jalan yang benar .
Ya Allah ,
andai ini ujian darimu ,
aku redha :)
sahabatku lillah ,
ketahuilah jauh di sudut hatiku aku amat meyayangi kalian kerana ALLAH .
susunan ALLAH amat cantik .
dialah sebaik baik perancang ,
dan ALLAH pasti beri yang terbaik utk hamba hamba nya .
mungkin kita akan berpisah di dunia ,
tetapi yakinlah
dengan doa dariku dan kalian ,
pasti ukhuwwah kita tidak akan putus
walau ada yang cuba untuk memisahkan .
' Dan ukhuwwah yang terbina antara kita
moga berbuah syurga - C.mas

Kata Jibrail melalui lisan Rasulullah ;
   " Wahai Muhammad , hiduplah sesukamu tetapi kau kau pasti mati .
Berbuatlah sekehendakmu tapi kau pasti dibalas . Dan cintailah sesiapapun yang kau mahu
tetapi kau pasti berpisah dengannya".
                                                 
indah bukan kata kata itu ? :)
Alhamdulillah ,
dengan kata kata itu
aku meletakkan kekuatan diri disitu .
sedikit rasa curahan hati daripada sahabat tercinta ;


Assalamualaikum . . .

' Bersabarlah dan ALLAH akan permudahkannya bagimu '
Itulah bisikan semangat buat hati ..
Saat ujian Allah itu datang ..
Tak ada lagi yang bisa menghalang ..
Cuma .. yang bisa menenangkan itu ada ..
kembali kepada Allah .. dan yang penting ..
Sabar .. ikhlas dan redha harus bersahabat ..
Ketahuilah ..
Pengorbanan hati itu sementara ..
demi meraih redha Nya ..
Buat akhirat yang selama lamanya ..
' and never end '
Yakinlah itu hati sahabatku ..
kau pasti tersenyum
setelah kemanisan ini bisa kau hirup
kerana ianya istimewa ..
hidangan ini hanyalah buat ..
Hambanya yang terpilih
Andai saja kita merenung sejenak ..
Betapa ramainya tak terkira makhluk Allah di bumi ..
' kanada , afrika , mesir , sudan .. '
Tapi sekiranya benar kita menjadi antara yang terpilih ..
SubhanaAllah .. indahnya ..
oleh itu sahabatku ,
Jangan pernah bersedih dengan ujian ...
iaitu , hadiah daripada Pencipta ..
kerana itu sangat indah & sangat indah & indah .. (:

- Salam Sayang , green midori -

  

' Last word 4 u , thankz 4 everything u do for me . It's so meaningful .
K.ecah , kte arap en kalau k.ecah pinda , k.ecah tetap sama au macam k.ecah
kte kenal dulu .. '

- Ainul Amira :) -


' Seorang kawan , bila berjauhan , dia akan menangis kerana rindu dan bila dekat ,
dia akan menangis kerana takut berpisah . Jika hari ini dia datang , jgn biar ia berlalu
pergi . Jika esok dia bertandang , jgn harapia kembali lagi . Sesungguhnya yang indah
itu pertemuan , yang manis itu kemesraan , yang pahit itu perpisahan dan yang tinggal
hanyalah kenangan ' ..


- Afiina Sofiyyah -


' Ecah , berat hati awak , berat lagi hati kitaorg nak lepaskan awak . Tapi semuanya Allah
yang susun . Jaga HDA baek baek ye Ecah . walau kat mana pun kita berada ingt kita masih di bawah
langit yg sama di bawah pemerhatian yang sama di baw'ah jagaan yang sama . Kita masih di bawah kuasa
yang sama .. ALLAH . Jagalah ALLAH , Dia akan menjaga kita '

- Kak Afaf Atiqah -

' ingat Kak Ecah , kuat kuat ! eyfa , eyda kat sini sentiasa doakan Kak Ecah '

- Nur Zarifah & Nur Hidayah -

' Ecah , jaga diri elok elok tau , jgn lupakan kitaorang kat sini '

- Kak Iman ,  Gee 4 & 4 Amanah , Noor , Nana -

Ya ALLAH ,
terima kasih kerana telah mengurniakan aku sahabat seperti mereka :)
aku bersyukur dgn pemberianmu .
mohon doa dari kalian agar aku terus tabah
menjalani segala cabaran
dan tidak terikut arus yang songsang .
Ameen Ya Rabb (:

kerana aku Sayang kamu .

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba ...  dan terus mencuba !
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan ! Itu janjiku !
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan ?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu .. !
Kerana aku sayang kamu ..
Maka aku akan cuba .. dan terus mencuba !
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu , sahabatku !

* IYLIA , NABILAH , HAFIZAH , NADIAH , HANAN , DAYANG , AINA :) *

:DD




<33